
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini aku mahu bercakap tentang IBU, iaitu insan mulia yang telah mengandungkan kita 9 bulan lamanya. Tanpa IBU, wujudkah kita di dunia ini dan tanpa kasih IBU, mampukah kita hidup seperti sekarang? Tidak bukan..
Kepada kamu yang masih mempunyai IBU, telefonlah IBUMU sekarang seandainya kamu sayangkan mereka. Tidak ada kredit bukan alasan, dengan nilai RM10 kamu boleh beli bercakap lama dengan IBUMU dan nilai RM10 amat kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan nilai kamu berbicara dengan IBUMU, cakaplah yang kamu sayang padanya dan katakan juga padanya kamu sentiasa merinduinya.
Andainya IBUMU telah "pergi", ziarahlah kubur IBUMU dan sedekahkanlah ayat suci al-Quran. Jangan sesekali sisihkan kasih sayang pada IBUMU walaupun beliau telah tiada. Kita semua tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Akhir kata, ucapkanlah Selamat Hari Ibu pada IBUMU. Sekiranya kamu mampu, berilah hadiah kecil pada beliau. Nilai hadiah bukan ukuran tetapi sejauh mana keihklasan hatimu dalam menghargai jasa ibu yang telah membesarkan kamu.
p/s: Di atas adalah gambar terbaru aku. Kool kan??haha
10 May 2008
Selamat Hari Ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
Selamat Hari Ibu buat Mamaku tersayang. Semoga Mamaku tabah menghadapi penghidupan ini walapun tanpa Abah disisi.
Bagus pesanan en hafifi ni.
Kawan2!! Ucap hepi mother's day tau pada ur mum.
Huhu. Cool la adik sorangni. Boleh berkenalan?:p
Selamat hari ibu kepada all mothers around the world. Especially to my mum, Happy mother's day:)Love you mama
gambar terbaru ko tu memang cool, tapi lagi cool kalau ada gambar ko dengan dengan ibu ko (kalau ada gambar dan halau ibu masih lagi ada)... tak gitu?
anyway, sati post yang bagus sempena hari ibu! :)
Slamat hr ibu kpd sume ibu d dunia ini (x tmsuk ibu ayam) n sume yg bakal mnjadi ibu2..hehe..
princess liyana-nak berkenalan??kan dah knal ni..hehe:)
rohaizad-aku amik gambor ni kat kl, nnti aku blik kelate aku amik gambor ngan mak aku plak
niaarasis-ibu ayam pun ibu gak..hehe:)
saya dah call mak semalam wish hari ibu...
pastu mak request kek plak, camne nih...xkan nak pos...huhu
btw, setiap hari pun adalah hari ibu...
so, hargailah setiap detik bersama mereka =)
rien-nnti balik kg bli la kek bagi mak..tapi jgn bli kek appollo 30sen tu k..:)
iye 3x.. cool 3x.. mancongkam beb!
selamat ari ibu juger.. kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada tolok bandingnyer..
fuyyyooo...hensemla bro. macam Tom Crush, hehe..anyway, selamat hari ibu.
botak itu menawan... ecececehh...
Camat Hari Ibu.. Semoga kita Sekurang²nya Dapat Menyamai Kasih Ibu..
terlalu besar pengorbanan seorang ibu..segala perit getir dilaluinya utk membesarkan kita..
mista-botak itu menawan??yelah tu..haha..:)
slmt hari ibu wat semua ibu di malaysia
selamat hari ibu buat mak fifi oke. semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah. InsyaAllah... Pic terbaru? ayyooo... rambutnya udah idak tegak2 tu... :P
hepi maders day tuk ur mom...(bekas bakal mak mertua tak jdi) hehe...jas kiding...
tuk mak2 n bakal mak2 kat luor sane tuh..hepi mothers day..=)
selamat hari ibu..rindu nye kat ibu...
oooo... mek kat kelate.
selamat hari ibu juga :)
new reader here,
singgah kejap crawling2 blog2 yang ada..peace..
cool entry utk sempena hari ibu.
slmt hari ibu buat semua ibu didunia..:) thanks atas ingatan tu bro..aku hari2 jumpe mak aku kat umh,ehehe..tapi dah wish hari ibu kepadanya..:)
fifi..nak lawan waliz posing yek?? nice pic...:D
wahhh hemsemmmnyeee... SPEK ITAM ITEWW. eheh. :p
tak pernah wish hari ibu kt mak..tapi gembirakan atie die selagi mana termampu..sedetik ibu terkecik atau berkecik atie..selagi x mintak maap..sepanjang hidup menderita..:D..
hehe, a'ah. lupe plak.da knal:p.hihi. gmbr tu cool sgt:p
Im Back
Sayang Emak!!
cool
oit jambu! slmt hari ibu wakakaka!
gambar terbaru mu memang cool. Macam artis...
Thanx singgah blog saya.
:)
bile lak aku nak join membaldkan rambut ku...mhhuhu..
cool dude!
update2.hehe
selamat hari ibu ..
wahh .. gambar kool habis !!
nak jadi mawi ke ?
heheheh ~
hehe..mcm kenal je gambor ni..yg amik malam tu ek??
update2! :P
Slmt hari Ibu buat Ibu Hafifi...:D
wahhh mmg kool gambo nih...mesti rmi awek nih...:p
perghhhhhh dak hafifi sgt emsem, harus anakku Damia tergoda nehhh he he
Post a Comment