21 April 2008

Pengumuman!!!


Sudah 2 hari aku menyepi, bukan tiada idea untuk menulis namun terlalu sibuk dengan business plan yang perlu dihantar pada hari ini. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Dan hari ini, satu pengumuman penting yang perlu aku buat. Berat hati ingin membuat keputusan ini, namun ianya perlu. Aku akan berhenti menulis! Oh tidak, itu cuma satu gurauan bodoh daripada aku.

Pengumuman sebenarnya adalah aku akan mengadakan satu pertandingan. Aku silap! Bukan pertandingan tetapi lebih kepada teka-teki. Contoh, meneka berapa jumlah biji guli ataupun syiling dalam balang atau bekas atau apa sahaja selagi ianya mempunyai ruang. Pemenang yang menjawab dengan tepat atau paling hampir akan mendapat hadiah berupa yang tunai *RM300, 000*. Satu lagi gurauan bodoh daripada aku. Hadiah kecil sahaja sebenarnya dan bukan wang tunai. Harap maklum.

Aku hanya akan mengadakannya sekiranya mendapat sokongan daripada kamu. Jika kamu setuju katakan YA dan sekiranya TIDAK, cadangkan sesuatu yang lebih bernas daripada apa yang aku katakan. Aku menanti keputusan kamu. :) Cepat ya, aku tidak mahu jadi seperti gambar di atas.

29 comments:

Princess Liyana said...

Boleh je nak buat pertandingan.But, you must make sure hadiahnya lumayanla.uhuhu:)

Hafifi said...

princess liyana-mane lah mmpu nak bg hadiah lumayan..

chot said...

ada hadiah baru menarik..hehe

:: cheezzy cheese :: said...

hafifi, rasenya if ada buat kuiz sebegini.. makin ramai la org menjengok ke blog kamu tau.. baru menarik.

Hafifi said...

chot-mmg nak bg hadiah pun..

cheezy cheese- a'ah..itupun klu dorang nak hadiah..:)

muhdzahari said...

err..pertandingan apa? nak masuk boleh x?
*tanya lak dah, masuk je la
hehe..hadiah kasi gempak skit..
aku, walaupon xde hadiah @ pertandingan pon aku akan singgah kt sini, jgn risau..hehe

Hafifi said...

muhdzahari-pertandingan ni terbuka..so, join je k..thanks

menteil said...

kalau hadiah dia 16ratusribu aku sokong!!

Hafifi said...

menteil- amboi!byknye..mane aku mmpu..joel comm pun xkan bagi..hehe:)

Mohd Noor Hakimi said...

waa..menarik ni..sebagai rakan serumah,adakah aku layak untuk mengambil bahagian?sah2 aku menang..haha..kasi bikin kopi..urut2 badan sikit..haha

Hafifi said...

kimie-bley je..tapi soklan ko kene lain dari orang lain..ku bg soklan susah kat hang..hahaaha

Princess Liyana said...

uhuhu. See?semua org tanye pasal hadiah cik hafifi:p. Betapa pentingnya pengaruh hadiah..

FaNaQiLa said...

Sy juga mahu turut sertala meneka biji guli. Hadiah guli juga tidak mengapa. Tp perlu bykla, beratus2. Ble wat stok nak main congkak. Ahaks!

Hafifi said...

princess liyana- eya! klu nk hadiah mahal2 xdptlah kan?just bg hadiah kecil2 je la..

fanaqila-boleh2..tapi jgn tanya tunang ah..kena ikut rules yang ditetapkan..hehe:)

aria ayumi said...

waaa. best gak tu. wat la contest tu,. huhu. err... kite nak teka awal2. dalam balang ituk... ade 2279 biji guli. hoho~ :P

Princess Liyana said...

yela2 cik hafifi. Apa2la asalkan hadiah:)

Hafifi said...

aria ayumi-jwpan anda salah..hehe:)

princess liyana-:)..mmg kan dpt hadiah tu..dont worry la k..

kaSyah said...

hadiah kasi mantap! buat la..buat la...buat la...buat la..buat la...buat la..buat la..buat la...buat la..buat la..buat la...buat la..buat la..buat la...buat la..buat la..buat la...buat la..buat la..buat la...buat la..buat la..buat la...buat la..ahaha..

bro, whats ur ym id?

arsaili said...

scary plak tgk gambo tu!

azie said...

erm, buatlah pertandingan tag mengetag..korang kan hebat bab-bab tag org nih,harharhar.

lagi satu, macho lah gambo mamat kat komp. tu.nak kenalan boley???

emme said...

aku setuju! :D

Hafifi said...

kasyah-nak mntap mcm mana tu??

arsaili-scary ke??hehe

azie-nnti sy gatu die ade orang nak knal..:)

emme-thanks..

Qaiyum said...

Demi Duit Semustinya YA!! Hehehe..

Princess Liyana said...

:). Mana pertandingan nya?cepatla buat.Haha.Ramai yang berminat nk turut serta..

FaNaQiLa said...

xbisa bertanya pada tunang?
xble.. bile da bertunang, jd semangt kerjasama perlu ade. haha.

Hafifi said...

qaiyum-isk!bukan duit la hadiahnye..

princess liyana-nnti la syg(grau je ni)..nnti hafifi wat..tunggu je k

fanaqila-xble la mcm tu..xadil sbb nnti fanaqila je asyk menang..

lindosh said...

yaa saya setuju

Hafifi said...

lindosh-thanks

wan said...

kalau umur atas 25 boleh masuk, setuju.

kalau kak wan boleh menang, setuju gak :)


pertandingan bagus deh. buat 2-3 orang sekali pun best... leh rapport dgn geng bloggers yang lain..