Sudah beberapa hari blog ini tidak di update, ini disebabkan ada satu masalah dan masalah ini tidak berkaitan dengan contest yang aku nyatakan sebelum ini. Contest itu tetap akan diteruskan dan mungkin akan bermula bulan depan. Jadi, kita teruskan dengan masalah yang menimpa aku dan beberapa orang lagi yang terlibat.
Begini, rumah sewa aku didiami oleh 8 orang dan 2 orang daripadanya telah bergaduh besar. Seorang daripada mereka telah dihalau oleh lawannya atas alasan dia yang sain agreement tersebut hampir setahun yang lalu. Aku ingin minta pandangan kamu siapa yang salah dalam hal ini.
Punca pergaduhan
Yang dihalau telah melekatkan kertas yang bertulis "Selepas guna barang, tolong basuh. Jangan tahu guna je!!". Yang menghalau pula telah mengoyakkan kertas tersebut dengan alasan tidak nampak kepentingan kertas tersebut dilekatkan. Itu menimbulkan ketidak puasan hati kepada yang dihalau. Yang menghalau juga tidak puas hati dan tidak ingin melihat yang dihalau dalam rumah awal bulan 5 ni.
Aku minta pandangan kalian supaya aku dapat membuat keputusan yang betul dalam memilih siapa yang salah dan siapa yang betul. Buat masa sekarang, aku menyokong yang dihalau kerana:
1) Yang menghalau tidak mempunyai hak menghalau orang hanya kerana dia menandatangani perjanjian rumah
2) Yang dihalau tidak patut diperlakukan sedemikian kerana dia mempunyai hak tinggal dirumah tersebut kerana dia bayar untuk tinggal disitu
3) Tidak ada KING dalam rumah tersebut yang berhak menghalau sesiapa sahaja di dalam rumah tersebut
Segala pandangan kalian tidak kira positif atau negatif aku akan terima dan pandangan tersebut akan aku pertimbangkan supaya aku mendapat keputusan yang terbaik. Aku tidak mahu kami semua berpecah kerana ada meraka semua kawan aku dan aku hargai kawan-kawan aku. Sekian.
p/s: Mohd Noor Hakimi satu rumah dengan aku dan aku rasa beliau akan menulis tentang hal ini.
23 April 2008
Minta Pandangan Semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
kejadian tersebut pernah berlaku pada aku ketika duduk di rumah sewa di kuala lumpur.
siap gaduh berparang segala.
sebelum kejadian parah berlaku perlu ada pendekatan psikologi dan bawa berbincang.
contoh masa kejadian menimpa aku dulu, kami buat keputusan mengikut majoriti.
bawa berbincang..
panggil semua housemate wat meeting..
cakap pe yang terjadi..
bincang ape yang tidak puas hati...
selasaikan masalah yang dihadapi..
jgn lari dari masalah.... hehehe...
tu je aku leh komen...
megat-ikut majoriti..itulah yg terbaik wat ms ni
sallikin-mmg nak wat meeting tp dorang ngah cuti skg
kalau tgk dr cerita, mmg sy pon berpihak dengan yang dihalau. xkan la sbb koyak2 kertas, nak maen halau2. kanak2 sungguh. ke diorang mmg ade tak puas hati before this?(he..sorry.emo).
btw,sy setuju dgn cdgn2 di atas. paling best kalo dpt berbincang sume skali. gud luck eh?
bincang, tu je jln terbaik.tapi if mana2 pihak keras kepala tak mau bincang secara aman sambil melakukan gencatan senjata, korang buat perang dingin terhadap org yg keras kepala, tak kiralah yg menghalau atau dihalau.
gud luck eh..aku paling benci bermasalah dgn member.aku boley jadi down kalau itu berlaku.
haha...
FYI..
aku pon byk kali letak notis..
sbb aku ketua rumah..
n semuanya bersebab..
tapi takde la sampai gaduh2 halau2..
satu notis yg aku ingat ialah.. hehe.. (lebih kurang la)
"apa korang ingat rumah ni ada orang gaji??
lepas makan basuh la..
cakap bodoh kang marah..
korang tu belaja tinggi2
tapi otak rendah"
puncanya?
sinki rumah bersepah...
pantang tol aku..
missyizzati-nak bincang sume skli tu la mslh, ade yang kat kmpung xblik2 lagi ni..thanks ya..
azie-mmg aku tgh down la ni..tension giler..hal kawan umah dah satu kes, yang bukan kat umah ni pun wat hal..naik gile aku nnti
menteil- hah!lebih kurang same la hal ko ngan hal umah ni..aku pening beb
me teringat dulu masa bajar kat oversea, the same thing happened, me beli poster yg dah siap tulis "YOUR MOTHER DOESNT WORK HERE, PLEASE CLEAN UP!".. tapi xder respon gak.. last2 me yg pindah dari rumah aram*jadah ittewww. ahaha, puas ati me..
yginsaf-itulah pasal..
aku rasa yg dihalau tu tak salah
lagipun ayat "Selepas guna barang, tolong basuh. Jangan tahu guna je!!" bukannya kurang ajar pon
tp biasalah, org yg salah, sendiri terasa, sendiri bengang~!
and dia takde hak nak halau org
pasal sama2 bayar sewa
yg menghalau tu ego, takmo terima org tegur kesalahan dia
patotnye dia yg perlu dihalau~
aku rasa korang ni patot pakat halau yg menghalau tu plak kot
muahahaah *jez joking*
but try to solve this diplomatically
aku cuma duduk hostel
tp aku bengang gak klu org tinggalkan sisa makanan kat singki
pastu mangkuk2 kotor smpi sisa makanan tu jd busuk~!
takde otak + etika hidup bermasyarakat btol~!
tetibe aku yg emo. ehehe, sorikkkkk
Bawak2 la berbincang....
soon spirit-hehe:)..jgn emo2, nnti ko plak kena halau dari hostel tu..
penerockers-yup..berbincang sgt perlu dlm keadaan skg spya tak jdi lebih teruk
musyawarahhh, berbincang, wat meeting he he ..dlm meeting leh le semua ckp ape yg rasa perlu dibincangkan bersama...
Me,
notis tu kelakar ok! Kerja mak tu, cuma untuk buat keje umah aje ke? Eiiii..
Fifi,
susah kalau ahli rumah ni dah gaduh. Betullah apa kata pengomen2 di atas tu. huhu
Hmm,bawala berbincang elok2. Tanya apa yang tidak puas hati. Jangan amik tindakan melulu2 main suka2 je halau orang. Ingat bayar sewa sorang2 ke(oppss..maaf ter'emo pule)..hm,g2la pendapat saya
budak lelaki gaduh psl rumah sewa? may God, can't believe it... ahahah.. susah jgk, tp yg menghalau tak patut menghalau yg dihalau sebab... ala...letak notis biasala. lagipon mcm mengingatkan pd yg lupa. apsal dia nak marah plak? ayya... susah lo org mcm ni.. sy tak setuju dia halau yg dihalau.... peace :)
tu la.ingt kan pompuan je mcm ni.haha.saye sokom yg dihalau.tp kalau diterime masuk balik pun x nak ah duk ngn menghalau tu.x besh.
jangan halau..gunakan blog sebagai saluran melepaskan geram..
haha..hm..ok serius..kita kena berbincang
take it easy...jgn gaduh2...
mmg susah nak puaskan ati sume org..lagi2 kalo nak tegur..tp sume ni y mematangkn kite~
second time jenguk nih...first time komen...salam..
pe kate halau jer 2-2 tuh kalo dh keras sgt nk ngalah...aper2 pn meting tu penting..duk bincang leklok...=)
yang dia nak halau halau sangat kenapa? kalau pun dia sain perjanjian, dia duduk sorang ke dalam rumah tue? melainkan tue rumah dia, dia beli, dan dia kongsi ramai ramai, then dia ada hak laa.
and kalau dia yang bayar duit deposit rumah sensorang tanpa mintak duit orang lain, then dia ada hak laa...
tapi kalau semua nye kongsi. duit sewa kongsi bayar, duit deposit pun kongsi bayar, makanya, hak dia adalah sama dengan orang lain dalam rumah tue.
yang dia nak jadi pengotor sangat kenapa? point that out in your next house meeting. cakap kat dia yang dia tue pengotor. makan tak basuh. suka tinggalkan dalam sinki. kalau dia cakap "suka hati aku laa nak basuh bila pun..." kau cakap balik, "suka hati hotak kau! kau duduk dengan 7 orang lagi nie, pakai otak sikit boleh?! orang lain pun nak pakai sinki tue jugak!"
pastu mesti dia akan cakap, "ah. aku yang sign dengan landlord nie dulu. suka hati aku laa nak buat apa pun." haaa... time nie kau kena cakap, "baiklah."
pastu buat mesyuarat tergempar yang lain. korang pakat ramai ramai tak nak basuh pinggan ke, kasi isap rokok ke, minum arak ke, bawak balik pompuan ke, kasi hati dia panas. kalau dia tegur, korang cakap, "baiklah, nanti aku buat." tapi jangan buat, korang teruskan jugak. pastu buat buat lambat bayar sewa rumah, pastu dia kena marah dengan landlord. pastu dia marah korang. pastu korang cakap laa, "nanti laa bayar, takde duit nie." biar dia kena marah dengan landlord sampai dia nanges. pastu gelak gelak kat dia.
akhir sekali, kasi lah tisu muka kat dia untuk lap air mata sambil cakap, "tue laa, lenkali, jangan berlagak sangat, tak baik, dunia nie kecik je. rumah nie lagi kecik. jangan perasan jadi bos."
pastu esok nya, korang calarkan kereta dia. sebab mesti laa dia ingat korang dah berbaik malam tue so takkan korang nak calarkan kereta dia. so mesti dia ingat orang lain yang calarkan. pastu hati korang mesti puas.
best tak?
omg.
i'm so evil.
cheers!
tun sokong yg dihalau tu sbb
beliau seorang yg pembersih.
pinjam dia seminggu leh tak?
kalau dia tgk bilik tun nih
mesti abis setiap pelusuk dia tempek kertas warning.
la...stakat bende camtu pn sampai nk gado n halau menghalau ker...???isk3
cam bdk2 kecik la..bende tu xde ape pn....stakat notis camtu pn nk naik baran xlogic tol....kn? :)
or die rase tercabar sbb ade org lain yg kasik order dlm umah tu..sbb die rase die KINg cam awk ckp kn tu...hehheee
bende camtu xyh gado la...dah tentu2 ape yg notis tu btol n utk kebaikan sume....
klu diorg dh ade wat la meeting...munasabah diri masing2 2 yg penting....jgn jd bdk2 la...
xmacho tau camtu...
heheee
i know how u feel n alin doa kn sume akn balik cam bese...
*bkn senang menjadi seorg kawan... :)
terima kasih kepada semua yang sudi memberi komen2 bernas...aku hargai semua tu..tun teja nak pinjam die ke??marah gf die nnti..
yg menghalau tu mmg pengoto
musti yg dihalau berbulan2 tensen bile brg die xreti dibasuh .
ape kes halau2 org...gile ape...my suggestion, vote for dihalau..hehe
sokong ckp musang.
senang cite gi la berpakat carik rumah sewa lain birkan pengotor tu byr sewa sorang2...
yg penting jage la maruah even dihalau pun....memang perangai budak darjah 4 si pengotor tu.
btw, umah tu area mane?
tq
kasyah-maybe akan cari umah lain klu hal ni xsettle..umah area cheras..dtglah jalan2..hehe:)
hye new fren..faiza di cni.
nak bg pendapat jugak boleh?
sy tak bc pun sume komen2 kat atas tu.so ini pendapat sy..
kwn awk tu tak sepatutnye dihalau kerane bende tu..nampaknye dlm kes ni, ade isu lain yg membuatkan kwn awak si penghalau tu bertindak camtu.kalo melalui perbincangan takde hasil positif, ape kate korg plak yg halau si penghalau tu?hihihi..tak pun, korang sume angkat kaki sewa umah lain....tinggal dia sorg2 kat ctu.hihii.. :D
ape pun, sy rase ade byk penyelesaian lain..bukan soal cari sape betul n sape salah. spatutnye ade give & take..nak idup berkongsi rumah ni bukan senang..kalo ade sikap pentingkan diri sendiri, susahla...semua teguran spatutnye diambil dr sudut +ve..
smoge masalah rumah awk ni akan selesai dgn penyelesaian yg +ve...
*maaf terkomen panjang. singgahla kat blog sy k. [www.faiza1985.blogspot.com]
daaa!~
musafir dah bagi pandangan kat blog kimie, tapi sekarang musafir faham yg kalau nak meeting x dapat sebab tenag cuti kan..so, musafir rasa biar je dulu lepas cuti ni yg kena halau datang je rumah tu, mybe masa tu si pengahalau dah tak marah, and si yg kena halau bolehlah minta maaf(walaupun dia tak salah, tapi apa salahnya beralah)
kalau si pengahalau masih marah, yg lain kena gunakan hikmah untuk menegur, dan si yg kena halau tak boleh balas marah dengan marah...
Fifi,Ingat pesan Rasulullah saw;"Sabar itu setengah drpd iman".Keduanya dri quran;"org Islam itu bersaudara",dan"Allah beserta dgn orang2 yg bersabat". Jadi tindakan fifi-1.Menyabarkan kedua-dua belah pihak. Apabila keadaan telah tenang dan emo diorg normal,langkah ke2.Fifi belanja penghalau gi minum.Kat situ fifi cakap dgn dia dari hati ke hari ap
a masalah dan apa punca.Jelaskan pd pada dia kebersihan dan suci itu dituntut dalam islam.Fifi jgn letakn kesalahan pada sesiapa.Manusia mmg sukar menerima kesalahan.
Klu dia terima dgn keinsafan,Fifi panggil kekawan buat muzakarah dan setkan undang2/peraturan kebersihan.Juga ke duanya harus bermaafan.
Klu dia menolak dgn kesombongan dan riak.Fifi cakap kat dia dgn baik bahawa fifi dgn kekawan akan pindah rumah. Beri masa pd dia utk berfikir dan buat pertimbangan.
Semuga kaedah ini dapat mmbantu fifi menyelesaikan masalah. Saya doakan keadaan kembali normal.
tima kasih
Adoi.. masalah.. masalah.
Gini le dik. Agak2 kalau org yg sain agreement tu taknak bertoleransi dgn geng yg dihalau.. apa kata korang yg sokong yg dihalau tu cari je rumah sewa baru. Dpd layan kekerekan yg menghalau tu... karang lambat laun korang lak yg kena kan.
Biar dia bayar sewa sorang2.. huhu
Post a Comment